27.11.13

Sinopsis Oh My Sayang


OH MY SAYANG! 

PUTRI DAMIA QAISARA - Seorang gadis biasa yang mempunyai cita-cita yang tinggi. Tetapi nasib tidak menyebelahinya apabila dia dipaksa untuk bekerja di butik kepunyaan uminya.

' Hmm, apa boleh buat? Daripada aku membantah, lebih baik aku ikutkan aje permintaan umi.' - Damia

TENGKU QAISER FAWWAZ - Seorang lelaki yang sangat baik, hormat orang tua, kacak dan yang paling penting dia sangat romantik. Kehidupannya sangat sempurna tetapi hakikatnya hati dan jiwanya sangat kosong.

' Boleh tahan cute juga perempuan tadi. Comel je. Dan kelakar.' - Qaiser

Mereka disatukan atas desakan keluarga. Tetapi Damia dan Qaiser amat menyenangi pilihan orang tua mereka. Hal ini kerana masing-masing sudah jatuh cinta.

Ketika bahagia mula dikecapi, rumah tangga mereka ditimpa badai. Semuanya berlaku dalam sekelip mata. Dendam yang sudah lama disimpan akhirnya akan dilunaskan. Dapatkah mereka mempertahankan rumah tangga yang baru dibina? Apakah perkara yang dirahsiakan oleh Faiz? Dan adakah Damia berjaya mengisi kekosongan hati dan jiwa suaminya,Qaiser?

No comments:

Post a Comment