"Ya Allah. Hensem giler mat salih tadi. Perghh, dia cakap dengan aku. Suara dia menusuk kalbu. Gentle beb! Cakap sorry je pun jantung aku dah berdegup kencang. If he was a muslim, kan best! Boleh aku pegi masuk minang. xoxo!" puji Damia sendirian.
Puan Qutreen yang baru pulang daripada mesyuarat dengan Datin Adibah mencuit bahu puterinya iaitu Putri Damia Qaisara. "Mia cakap dengan siapa tu?"
"Ohh bom meletup jatuh kena dekat Bruno Mars.." dengan spontan Damia melatah. Dia cepat-cepat menekup mulutnya sambil mengurut dada. "Ish Umi ni, lain kali bagi lah salam dulu. Kalau Mia ade sakit jantung macam mana? Kan Mia belum ade duit lagi nak tempah batu nisan. Baru start kerja kot"
"Ade ke patut Mia cakap macam tu. Percakapan Mia tu ibarat doa tau tak? Umi dah bagi salam dah pun tadi. Tu lah Mia.. cakap sorang-sorang. Tengah berangan ape agaknya tu. Tak lama lagi Umi nak dapat menantu dah ke?" Perli Puan Qutreen sambil mengedip-ngedipkan alis matanya. Macam comel jer. Macam cantik jer..
"Ish Umi ni! Belum ade calon lagi lah.." 'memanglah ade tapi mat salih lah'-Damia berkata seperti berbisik.
"Ape dia? Umi tak dengarlah. Cakap jangan macam dalam kain. Biar je....."
"Okay okay okay okay Umi ku sayang.. Mia faham ape yang Umi nak cakapkan." Tak sempat Uminya habis berbicara, Damia terlebih dahulu menyelit.
Malam pum menjelma, Tengku Qaiser Fawwaz sedang beristirehat di gazebo di halaman rumah neneknya, Tengku Mariam. Dia yang sedang mambaca artikel-artikel terkini di Ipadnya terhenti apabila melihat susuk tubuh adiknya, Tengku Qaireen Fairuz menghampirinya.
"Hey, I bring you some supper. Here they go. Hope you like it.." Ujar Qaireen
"Tahulah baru balik dari Australia. Tak payah lerr nak speaking bagai. By the way, thanks Adik. I really appreciate it." puji Qaiser.
Qaiser meneguk air lalu terdengar bunyi enjin kereta yang dihidupkan. Dia melihat susuk tubuh Faiz yang sudah bersiap sedia untuk keluar.
"Weyy Faiz. Kau nak pegi mane ni?" jerit Qaiser. Qaireen hanya memerhati tingkah abangnya menegur Faiz.
"Suka hati aku la nak pegi mane pun. Yang kau sibuk ni apehal."
"Memang lah aku takde hal. Tapi kau tu. Hari-hari keluar. Balik tengah malam kadang-kadang tak balik terus. Ape kau ingat ni rumah nenek ni hotel 5 star ke?" Qaiser semakin geram dengan perangai Faiz.
"Kau tu jangan nak masuk campur dalam urusan hidup aku. Biar lah aku nak balik ke tak nak ke. Tu bukan urusan kau." Faiz terus meninggalkan pekarangan vila Tengku Mariam dengan perasaan yang marah. 'Arghhh...' Faiz melampiaskan kemarahannya pada stereng kereta. 'Aku benci kau. Aku benci kau, Qaiser!!'
"Abang, angah memang macam tu ke?" tanya Qaireen.
"Ermm...taklah maybe dia ada problem or break up with his' girl." Qaiser menjawab pertanyaan adiknya ragu-ragu.
"Tapi tadi abang kata angah selalu keluar lepas tu balik tengah malam."
"Ermmm, this milk is nice. Yummy..." dalih Qaiser. 'Harap-harap Qaireen tak tanya dah. Aminnn...'
" Jang...."
"Qaireen, Qaiser! Dah la tu. Mari masuk. Dah lewat ni. Nanti sakit susah pulak." kata Tengku Shidqi.
'Fuhh, I love you, Daddy.' "Yes, Daddy. Kitorang masuk sekarang. Dah, no more questions. Let's go inside."
Sementara itu, kedengaran lagu Rock Me menandakan ada orang yang menelefon Qaiser.
"Siapa pulak yang telefon aku ni. Dah malam kot. Tak reti nak hormat orang lain punya privasi."
'Hmmmm, patutlah sotong ni lagi. Memang tak reti nak hormat orang. Huhh!' Qaiser hanya membiarkan panggilan itu dan terus meletakkan mode silent. Dia terus berjalan masuk ke biliknya dan merebahkkan diri di atas katil. 'Ahhhhh, goodnight world~ I'm free.. I'm gonna go to my world...' Sebelum melelapkan mata, Qaiser sempat membaca doa sebelum tidur.
"Dengan nama-Mu ya Allah aku hidup dan mati"




