27.11.13

Oh My Sayang Bab 1


Alamakkk!!! Aku aku dah lambat ni. Harap Umi tak marah lagi dekat aku pagi ni. Arghh.. Kenapa pagi ni jugaklah aku bangun lambat. Aku pun terus bergegas ke bilik mandi untuk membersihkan diri sebelum ke butik Umi. 'Ooops, mesti semua tertanya tanya siapa gerangan diriku ini kan? Nama penuh aku ialah Putri Damia Qaisara Binti Haji Nasrun. Aku baru 25 tahun. Masih muda ok. Tapi bagi Umi kesayangan aku tu, umur anak dara macam aku ni sepatutnya dah ada boyfriend, tunang & whatsoever. Tapi aku ni jenis yang malas nak bagi komitmen bagi setiap hubungan yang aku jalinkan. Aku bukannya tak pernah ada boyfriend. Pernah, cuma aku ni jenis yang tak reti nak jaga perasaan orang lain. Macam mana orang nak sabar dengan aku kan?'
          Usai aku bersiap ala kadar, aku pun turun ke ruang makan. Ketika itu Abi, Umi, Abang Naufal, Kak Ayu dan adikku Darwish sedang menikmati sarapan pagi tanpa menunggu kehadiranku. Sadis betul! Makan tak tunggu orang. Tapi aku happy sebab kitorang masih boleh makan sekeluarga.
          "Awal kamu bangun ye Cik Putri Damia Qaisara?!" Sindiran Umi aku biarkan dengan senyuman. Ish Umi ni...... pagi-pagi nak cari salah aku. Wait! tapi memang salah aku pun. Dah lah bangun lambat lepas tu boleh pulak aku buat muka sposen aku ni depan Umi. Mahu Umi tak marah. Apa-apa je lah. Nasib aku bangun daripada aku tak bangun terus, innalillah lah jawabnya.
          Muka Darwish sudah kemerah merahan menahan ketawa. Aku pun kurang pasti kenapa dia nak ketawakan aku. Terasa saat ini tiada siapa yang sedang buat pertunjukkan Raja Lawak. Takpe kau Darwish! Nanti bila masa kau kene lecture dengan Umi, Aku akan ketawakan kau lagi teruk lagi. Abang Naufal dan isterinya cuma menggelengkan kepalanya saja. Bukan nak tolong adikmu ini. Abi pun sama ja.
          "Apa nak jadi dengan kamu ni, Damia? Bila nak ubah perangai kamu? Macam mana Umi dengan Abi nak dapat menantu kalau perangai kamu masih tak berubah?! Patutlah sampai sekarang takde lelaki yang melekat dengan kamu. Kalau macam ni, memang lambat lagi lah kami nak terima menantu lelaki dalam keluarga ni." Bebel Umi. Aku hanya mampu mendengar tanpa membantah. Kalau aku bersuara, maknanya aku seperti menempah maut. Tak sempat aku nak tempah batu nisan.
          "Sudahlah tu Reen. Tak payah nak buat tazkirah pagi-pagi ni. Biarlah Damia ni fikir sendiri tentang masa depan dia tu. Hmm, Damia. Makan cepat. Semalam kata nak ikut umi ke butik, kan? Lebih baik cepat kalau tak nak bom ni meletup lagi." Haji Nasrun mengerling ke arah isterinya. Semua yang ada di meja makan ketawa kecuali umi. Muka umi waktu tu usah dicerita. Mencuka, masam, dan seumpama dengannya.
          "Ya abi." Hanya itu sahaja yang mampu aku jawab. Itu pun dalam nada takut. Ye la, aku takut bom tu meletup. Tak pasal-pasal mood semua orang berubah 360 darjah.



Kedengaran lagu Thrift Shop membuatkan Tengku Qaiser Fawwaz terjaga dari tidurnya.Qaiser tercari-cari Iphone 5s miliknya di meja sebelah katilnya.
          "Ishh! Kacau jelah alarm ni pun. Sikit je lagi aku nak kiss Nikki Minaj."Omel Qaiser sendirian. Kemudian dia tersenyum. Ada ke patut mimpikan Nikki Minaj tu. Ishh, tak patut betullah. Qaiser menguap lalu berjalan ke hadapan cermin. "Masih hensem, smart dan irresistable even aku baru bangun tidur. Muka aku dah macam Edward Cullen dalam Twilight tu. Dengan gebunya kulit aku, mata aku yang warna kelabu, hidung aku mancung ala-ala hidung Zizan pun ada jugak." perasaan bangga mula menghantui diri Qaiser. 'Bangga beb dapat wajah kacak macam ni. Nak cari awek pun senang. Guna muka ja. Tapi aku bukan Playboy macam si King tu.' King? Allaaaa.. dalam Playboy Itu Suami Aku tu..
          Selepas selesai membersihkan diri, Qaiser turun ke ruang makan. "Selamat pagi, daddy, nenek. Hmm ... mana Faiz? Dari semalam abang tak nampak dia pun?" Tengku Qushayyi Faiz atau nama singkatannya ialah Faiz merupakan adik kepada Qaiser.
          Tengku Mariam memandang wajah anak lelakinya, Dato' Tengku Shidqi Harith. Tengku Shidqi memahami maksud disebalik renungan ibunya. Tengku Shidqi mengeluh lalu memandang wajah Qaiser.
          " Hmm ... takkan abang tak kenal lagi dengan perangai angah tu? Tiap-tiap malam balik lewat kadang-kadang tak balik langsung. Kalau balik ja ke rumah, mesti akan jadi macam burung hantu. Daddy dah tak tahu nak nasihatkan angah macam mana lagi." Keluh Tengku Shidqi.
           Aku dah agak dah! Si Faiz tu masih tak berubah lagi. "Apa kata daddy ajak je angah bekerja di syarikat kita?" Qaiser memberi saranan supaya bebanan yang ditanggung daddynya boleh berkurangan.
         "Bekerja? Dah berbuih mulut daddy bercakap dengan angah tentang kerja-kerja yang dia boleh buat di syarikat kita tu. Tapi dia tetap berkeras tak nak bekerja buat masa terdekat ni."
          "Habis tu? Takkan angah nak enjoy ja?" Faiz ni pun satu. Takkan nak goyang kaki je kot? Menghabiskan harta mak bapak ja tau.
         "Good morning, everyone!" Satu ciuman dihadiahkan kepada Tengku Shidqi dan Tengku Mariam.
         "Good morning to you too. Awal bangun? Semalam kan baru sampai. Takkan tak penat kot?" Kata Qaiser kepada adik bongsunya, Tengku Qaireen Fairuz.
         " Apala abang ni. Takkan sebab baru balik semalam, hari ni adik tak boleh nak bangun awal pulak. Plus, kalau adik tak bangun awal, tak dapat la adik nak breakfast dengan abang, daddy and nenek. Eh, mana angah? Angah tak join sekali ka?" Tanya Qaireen kehairanan. Ye la, mana tidaknya. Ahli keluarga mereka kurang satu.
          " Tulah, orang yang baru balik dari Australia pun boleh bangun awal. Tapi dia, hmm...Penat mengalahkan Perdana Menteri."
         " Haha...apala abang ni. Maybe he is very tired. Who knows?" Jawab Qaireen. Kata-kata Qaireen mengundang ketawa Qaiser. Tengku Shidqi dan Tengku Mariam memandang sesama sendiri. Apa yang lucu sampai Qaiser ketawa sampai macam tu sekali?
         "Apa yang lawak sangat? I didn't even make any jokes." Jawab Qaireen lurus. Eee...geram pulak aku dengan abang aku sorang ni.
          "Haha...nothing. It's just tickles me." Biarlah Qaireen tidak tahu tentang sikap si Faiz tu. Aku tak nak nanti Qaireen hilang hormat kepadanya. Qaiser hanya memberikan isyarat mata kepada daddy dan neneknya supaya tidak memberitahu Qaireen perkara sebenar. Aku mahu Qaireen sentiasa menghormati Faiz sebagai abangnya walau apapun yang terjadi.
          "Daddy, Qaiser pergi office dulu. Today, I had a meeting with Mr.Lee. I don't want to be late. Assalammualaikum."Qaiser menyalami daddy dan neneknya lalu pergi ke garaj dan terus meninggalkan pekarangan vila neneknya.

3 comments:

  1. best...hahahaha..jangan lup follow blog saya...yeee

    ReplyDelete
  2. Menarik gila cerita ni! Nicki minaj tu tak tahan HAHAHAHAHHAHAHAHA

    ReplyDelete