29.11.13

Oh My Sayang Bab 3


'Mana Umi ni? Perut aku bukan setakat dah berdondang sayang tapi dah macam buat konsert rock kapak je. Hmm... apa aku nak buat ni? Takkan aku nak duduk kat sini je. Hah, apa susah. Lebih baik aku mesej je Umi. Senang. End of story.'
          Assalamualaikum. Umi ada kat mna ni? Mia lapar la. Bila kita blh keluar lunch?
          Send! 'Kenapa lama sangat ni? Takkan Umi busy sangat sampai tak boleh nak balas mesej aku?'
          Selamilah perasaanku
          Dengarlah degup jantungku
          Sejuta onak duri
          Satu satu silih berganti
          Aku gagahi, ku tempuhi
          Zahirnya kehidupan...
          'Siapa pula yang call aku ni?' Damia tercari-cari telefon bimbitnya. Lagu Permata dendangan Alyah semakin membingitkan keadaan yang sunyi di dalam pejabat uminya. 'Mana pulak perginya phone aku ni? Yes!! Dah jumpa.' 
          "Assalamualaikum."
          "Waalaikummussalam. Sorry, sayang. Umi tak boleh nak keluar lunch dengan Mia. Umi ada discussion sikit dengan Datin Adibah kejap. Kalau Mia lapar, Mia boleh pergi lunch dulu. Tak perlu tunggu Umi. "
         "Ohh. Takpe la kalau dah macam tu. Umi pun jangan lupa pulak nak pergi lunch. Nanti sakit siapa susah? Mia jugak."
         Hajah Qutreen ketawa. "Ye la... Umi tahu nak jaga diri. Mia pun jaga diri tau. Nak keluar lunch dengan sapa ni?"
          "Sorang la Umi. Pekerja yang lain semuanya dah keluar."
          "Hmm...Ingat! Be careful. Zaman sekarang macam-macam boleh berlaku." 
          "Umi ni... Mia dah besar. Pandai-pandai la Mia jaga diri." 'Umi macam tak percaya aku je?'
          "Okay la kalau dah macam tu. Umi nak sambung balik discussion. Assalammualaikum."
          "Waalaikummussalam." 'Okay, now aku nak makan kat mane ni? Apa kata aku lunch kat restoran depan butik je? Dekat pun dekat. Senang kerja aku.'
          'Restoran Barra.' Ahh... ramai orang la pulak. Tapi orang selalu kata, kalau kedai makan tu ramai orang, makanannya mesti sedap. Ni yang buat aku terliur ni. Aku mesti try makanan kat sini. 
          "Cik, mari ikut saya. Di hujung sana ada meja kosong." Kata seorang pelayan lelaki yang berpakaian uniform merah.
          "Ohh.. Baiklah." Aku pun mengikuti pelayan itu. 
          "Ini menunya. Cik, pilih dulu nanti saya datang balik ambil order."
          ' Hmm, tengok nama pun dah nampak sedap.'
          " Cik dah buat pilihan ke?" Haishh...buat terkejut aku jelah mamat ni. Nasib baik aku ni takde masalah jantung. Kalau tak, dah arwah aku tadi. 
         "Haah... Bagi saya Nasi Goreng Ayam Barra dengan milkshake satu."
         "Hmm...ok baiklah. Tunggu sekejap ye, cik."
          Cantik hiasan dalaman restoran ni. Berkonsepkan restoran mamak. Pekerja pun orang mamak. Tapi mamat tadi tu bukannya mamak pun. Biarlah kat dia. Ketika Damia asyik memandang persekitaran restoran, dia seolah-olah terpaku. Dia tergamam.
          'Subhanallah...sungguh indah ciptaanMu ini.' Damia hanya memerhati perlakuan lelaki itu. 'Handsomenya mamat tu. Nak aku describe ke? Ermm... Kulit dia gebu.. Dah macam mat salih pun ada jugak. Mata dia pulak? Warna kelabu kut! Dia ni baru convert ke? Ahh...Lantak dia la. Hidung dia pulak. Hmm...mancung mengalahkan Zizan aku. Astagfirullahalazim, kau ni Damia. Apesal la kau duk usha mamat tu pulak? Tak pasal-pasal kau dah dapat dosa free tadi. Aduhh...jaga mata, Damia. Jangan tengok dia.'
          Tiba-tiba Damia teringatkan firman Allah SWT.
          Dan Allah SWT juga berfirman :
    "Katakanlah kepada wanita yang beriman, Hendaklah mereka menahan pandangannya dan menjaga kemaluannya." (An-Nur:30)



 Qaiser mengeluarkan Iphone 5s dari poket seluarnya. Sementara menunggu makanannya tiba, dia sempat snap beberapa gambar untuk diuploadkan di instagram dengan caption 'Waiting for my lunch. Starvinggg!' Selepas beberapa minit diupload, sudah ada 500 lebih likers yang like dan 100++ comments. Biasalah pemuda yang kacak, bergaya dan berduit ni admire ramai kan.. 'Kebanyakkannya perempuan. Haihhh..' Qaiser tersenyum sendirian.
          Di sudut bertentangan, Damia masih melihat Qaiser yang sedang memegang telefon bimbitnya. 'Amboii, dah lah pakai Iphone 5s. Baru keluar kot! Baru seminggu dekat Malaysia.. Fuyooo.. Aku pun nak gak. Tapi apakan daya aku hanya mampu pakai Note bravo. Salah satu fon buatan Malaysia. Ni pun sebab Umi yang hadiahkan. Nak harapkan duit aku? Memang tak lah. Aku pun baru start kerja harini. Even aku kerja dengan Umi aku, tetap dapat gaji okay!'
          "Cik ohh Cik.." tegur si pelayan
          "Ohh mak kau terkejut aku..!" 'Sejak bila pelayan ni ade sebelah aku? Dah lah tak bagi salam. Kan aku dah melatah.. Haihh' "Ye? maaf maaf."
          "Ini makanan yang Cik order tadi. Selamat menjamu selera"
          "err.. terima kasih" 'malunyaa aku!'
          "Sama - sama cik" lalu pelayan tu pun beredar.
          'Malunya.. alahai.. Apelah kau  ni Damia. Mengelamun tengok mamat mat salih tu lagi. Ish.



"Alhamdulillah makanan dekat sini sedap benor.. Boleh lah aku bawak nenek datang makan sini nanti. Mesti menepati citarasa nenek. Makanan kat sini ala-ala masakan kampung walaupun chef-chef kat sini keturunan mamak." Qaiser meneguk air Tembikai Laici yang tinggal separuh sehingga habis. Lalu dia memandang sekilas jam tangan jenama Vacheron Constantin Tour de l’Ile  yang bernilai USD$1.5 million. "Alamak dah pukul 2.00! jap lagi pukul 3.00 ade meeting dengan Dato' Zikry. Kalau lambat mampus aku tak dapat tender. Dah lah dia salah sorang orang terpenting syarikat." Qaiser bergegas ke kaunter untuk membayar. Sambil itu, Qaiser sedang mengeluarkan Iphone 5s miliknya. Pada masa yang sama dia telah menolak seorang gadis sehingga terjatuh.
          'Auchh..Mamat mana pulak dah yang langgar aku ni. Tahulah aku ni kecil-kecil cili padi. Takkan sampai tak nampak kot. Huhh memang nak kena ni!' 
          "Hey awak! Dah buta ke apa? Tak nampak ke saya kat...." 'Weyyyyy!! Mat Salih ni kot! Apelah aku ni cakap bahasa melayu dengan dia. Bukannya dia faham pun..'
          "Ermm.. Sorry miss.." Ujar Qaiser lalu meninggal Damia yang tercengang di situ. 
          Dup dap dup dap dup dap.. 'Laju la pulak degupan jantung ni. Apasal jantung aku ni buat overtime pulak.. Laju semacam je. Tak pernah dia pump selaju ni.' Lalu Damia pulang semula ke butik Uminya dengan senyuman yang tak lekang dari bibir.

No comments:

Post a Comment